Skip to main content

Badminton

Terbuka AS: Justin Hoh buka langkah ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

justin-hoh-badminton.jpg
Perseorangan negara, Justin Hoh, menepati ramalan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Amerika Syarikat selepas menundukkan Julien Carraggi.

Ia merupakan pertemuan kedua mereka selepas aksi dalam Terbuka Thailand bulan lalu yang memihak Justin dalam aksi tiga set pagi tadi. 

Segalanya tampak mudah buat pemain di ranking ke-43 dunia ini dengan mengawal permainan sejak mula dengan tidak membiarkan lawan dari Belgium itu mendapat rentak dan mengungguli menamatkan set pertama 21-10.

Skrip sama berulang dalam set kedua dengan pemain berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur itu menggunakan pendekatan sama dengan mengerah kudrat lawan ke segenap penjuru gelanggang hingga meletihkan Carraggi.

Selepas 27 minit kemenangan menjadi milik Justin dengan mata 21-10 untuk mara ke pusingan seterusnya bertemu wakil Taiwan, Liao Jhuo-fu, awal pagi esok. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video