Skip to main content

Badminton

Terbuka Jerman: Arif-Roy King, Pei Kee-Mei Xing mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

roy-king.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Terbuka Jerman 2025 selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Chang Ko-Chi-Po Li-Wei, Westenergie Sporthalle, awal pagi tadi.

Mereka menewaskan lawan di ranking ke-45 dunia itu dalam aksi straight set, 20-17,22-20 dalam tempoh 37 minit.

Wakil negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu akan berdepan pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, hari ini.



 

Satu lagi wakil negara yang akan berjuang dalam aksi suku akhir hari ini adalah wakil beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, berdepan lawan Jepun, Otake Mizuki-Takahashi Miyu, selepas menyingkirkan pilihan kelima dari China.

Dalam pada itu, Langkah dua lagi wakil perseorangan lelaki negara turut terhentu apabila Justin Hoh tewas kepada Jason Teh Jia Heng dan Cheam June Wei turut disingkirkan Loh Kean Yew, dengan masing-masing berjuang sehingga aksi rubber set.


 

 

Advertisement

Must Watch Video