Walaupun tewas, ia tetap pencapaian menakjubkan apabila gandingan beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, menamatkan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di separuh akhir, sebentar tadi.
Yew Sin dan Ee Yi yang mahu mengukir nama semula di pentas antarabangsa kembali selaku gandingan ranking ke-30 dunia, tetapi berjaya lolos ke separuh akhir sebelum tewas kepada wakil Korea Selatan.
Ketika berdepan wakil Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, tiada jalan mudah apabila kandas di set pertama 21-14.
Kebangkitan mula ditonjolkan untuk mengikat kedudukan, tetapi saingan sengit berlaku di set kedua dengan kedua-dua gandingan sering mengejar mata.
Meskipun mendahului permainan, ternyata Kim Won-ho-Seo Seung-jae lebih unggul dengan pukulan balas yang memberi kesukaran buat wakil Malaysia.
Tamat perlawanan, Yew Sin-Ee Yi akur tersingkir straight set 14-21-19-21.
Untuk rekod, Kim Won-ho-Seo Seung-jae akan menggantikan tempat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selaku gandingan ranking pertama dunia yang hanya bertahan selama lapan minggu.
Pembentukan gandingan Korea Selatan itu bermula dari Januari dan memerlukan tujuh bulan untuk berada di tempat pertama Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Setakat ini, hanya Pearly Tan-M. Thinaah yang berjaya mara ke final selepas Yew Sin-Ee Yi dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersungkur.
Menunggu keputusan juara bertahan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk aksi terakhir saingan hari kelima.

RESULTS: #JapanOpen2025
— BAM (@BA_Malaysia) July 19, 2025
MD | SF#KOR?? Kim Won Ho-Seo Seung Jae 3️⃣ def. #MAS?? Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-14 21-15
⏱️38m#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/F786iN1u63