Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Yew Sin-Ee Yi cipta kejutan tumbangkan Aaron-Wooi Yik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ong-yew-sin-teo-ee-yi.jpg
Beregu lelaku profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, mencipta kejutan apabila menumbangkan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo Metropolitan Gymnasium sebentar tadi.

Turun sebagai beregu bukan pilihan, Yew Sin dan Ee Yi tenang mengatur permainan mereka untuk memerangkap lawan pilihan kedua itu dengan kemenangan 21-15 dalam set pertama.

Aaron dan Wooi Yik memperkemas aksi untuk menguasai awal set kedua tetapi menuju ke pertangahan permainan, Yew Sin dan Ee Yi kembali mendapatkan rentak terbaik untuk menamatkan saingan selama 30 minit itu dengan kemenangan 21-15.

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Jepun, Kenya Matsuhashi-Hiroki Okamura, dan gandingan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, bagi penentuan ke suku akhir esok.
 

Advertisement

Must Watch Video