Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Tekanan lawan terlalu hebat -- Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah-japan-open.jpg
Pemain beregu wanita negara, M. Thinaah, mengakui tekanan hebat daripada pihak lawan memaksa dia dan pasangannya, Pearly tan, terpaksa akur bergelar naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo hari ini.

Gandingan negara itu tewas kepada beregu nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, secara set langsung 15-21, 14 21 selepas bertarung selama 45 minit dalam aksi final.

"Pihak lawan meletakkan kami dalam keadaan yang amat tertekan dan ia bukan permainan seperti yang kami mahukan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi.

"Kami akan belajar daripadanya, kembali fokus dan bersedia lebih baik untuk kejohanan minggu depan."

Pearly dan Thinaah seterusnya akan beraksi dalam Kejohanan Terbuka China di Jiangsu bermula Selasa ini.
 

Advertisement

Must Watch Video