Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir saingan Terbuka Jepun BWF selepas menewaskan wakil Denmark, Mads Vertergaard-Christine Busch, dalam aksi straight set 21-13,21-13, di Arena Yokohama, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan bermula dengan agresif dalam set pertama hingga terikat 9-9, sebelum wakil negara yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan berjaya meninggalkan lawan dengan jurang mata yang besar untuk menang 21-13.




Walaupun Mads Vertergaard-Christine Busch cuba mengheret wakil negara ke set penentuan tetapi bukan masalah besar buat Tang Jie- Ee Wei meneruskan momentum untuk menang 21-13 dalam tempoh 33 minit secara keseluruhan untuk menempah slot ke suku akhir.

Mereka bakal bedepan cabaran daripada pilihan kedua kejohanan dari China, Zhen Bang Jiang-Ya Xin Wei, dalam aksi suku akhir esok.