Terbuka Jepun: Singkir Zii Jia dan Shi Yuqi dalam perjalanan ke final, Alex Lanier kini bergelar juara


Ogos 25, 2024 12:31 MYT
Pemain perseorangan Perancis, mencipta kejutan dalam dunia badminton apabila muncul juara Terbuka Jepun di Yokohama Arena, sebentar tadi.
Pemain berusia 19 tahun itu mencipta sensasi apabila mengatasi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam aksi pusingan pertama.
Dia meneruskan rentak cemerlang di suku akhir apabila mengatasi Kenta Nishimoto sebelum membuktikan penampilannya di Kejohanan Siri Super 750 ini susulan menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Shi Yuqi untuk memburu gelaran.
Bertemu wakil Chinese Taipei, Chou Tien Chen, Lanier mempamerkan permainan pantas serta pukulan smash kencang untuk memburu mata.
Selepas bertarung selama satu jam dan sembilan Lanier menoktahkan kemenangan 21-17, 22-20 sekaligus muncul juara.
#badminton #Lee Zii Jia #Terbuka Jepun #Alex Lanier
;