Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah mudah ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-tan-thinaah-hong-kong.jpg
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun apabila menewaskan gandingan Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu, di Tokyo Metropolitan Gymnasium sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga, gandingan negara itu menguasai penuh aksi dalam set pertama sebelum menang 21-14.

Sedikit tentangan dijelmakan lawan dalam set kedua tetapi sebaik menyamakan kedudukan 8-8, Pearly dan Thinaah tidak lagi menoleh ke belakang untuk mencatatkan kemenangan 21-16 selepas secara keseluruhan beraksi selama 36 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke separuh akhir esok ialah beregu Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo.
 

Advertisement

Must Watch Video