Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun apabila mudah mengatasi gandingan Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva, di Tokyo Metropolitan Gymnasium sebentar tadi.
Turun selaku pilihan ketiga, Pearly dan Thinaah bermula perlahan dengan membenarkan lawan mendahului tipis tetapi sebaik kedudukan terikat 13-13, mereka terus memacu mata untuk memenangi set pertama 21-16.
Skrip hampir sama berlaku dalam set kedua, di mana pasangan negara itu kelihatan 'lambat panas' tetapi sebaik mendapatkan rentak, mereka mudah mencatatkan kemenangan 21-14 selepas secara keseluruhan bertarung selama 31 minit.
Pearly dan Thinaah seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu, dan gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai, bagi penentuan ke suku akhir esok.