Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Otai masih berbisa, Azriyn-Wee Kiong tumbangkan beregu nombor empat dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-azriyn-ayub-tan-wee-kiong.jpg
Beregu lelaki veteran, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, mencipta kejutan apabila menumbangkan gandingan nombor empat dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmusen, untuk ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo Metropolitan Gymnasium sebentar tadi.

Turun dengan status bukan pilihan, wakil negara itu mempamerkan aksi hampir sempurna untuk memenangi set pertama 21-16.

Bagaimanapun, dengan lawan meningkatkan intensiti permainan dalam set kedua, Azriyn dan Wee Kiong terpaksa akur melepaskan set berkenaan selepas tewas 15-21.

Permainan sebenar kembali ditunjukkan mereka untuk mengejar kedudukan pada pertengahan set penentuan dan pada akhirnya mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 21-19 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan tiga minit.

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, dan wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi, bagi penentuan ke separuh akhir esok.

 

Advertisement

Must Watch Video