Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Nur Azriyn-Wee Kiong berputih mata terlepas separuh akhir beregu lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-mohd-azriyn-ayub-tan-wee-kiong.jpg
Beregu profesional negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, terlepas slot kedua separuh beregu lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dengan tewas kepada wakil dari Taiwan, sebentar tadi. 

Walaupun membenarkan Liu Kuang Heng-Yang Po Han mengutip tujuh mata terawal set pertama, namun kepincangan itu segera diperbetulkan untuk kemenangan 21-18. 


Kuang Heng-Po Han kemudian dibayangi pendahuluan Nur Azriyn-Wee Kiong sepanjang set kedua dan selepas kedudukan 11-9, kelemahan pukulan balas digunakan sebaiknya oleh gandingan negara untuk melebarkan kedudukan.

Namun, Nur Azriyn-Wee Kiong berputih mata apabila dihambat pihak lawan dan terpaksa akur dengan kekalahan 23-25.




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video