Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mengatasi tentangan sengit rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo Metropolitan Gymnasium sebentar tadi.
Kedua-dua gandingan mempamerkan aksi luar biasa dalam set pertama, di mana selepas kedudukan terikat 13-13, mereka hanya berselisih satu mata sebelum Man-Tee memenangi set berkenaan 30-28.
Bagaimanapun, faktor kecergasan jelas memihak kepada beregu pilihan keenam kejohanan itu untuk mencatatkan kemenangan 21-12 dalam set kedua selepas secara keseluruhan bertarung selama 42 minit.
Mereka seterusnya akan menghadapi gandingan China, Huang Di-Liu Yang, bagi penentuan ke suku akhir esok.