Terbuka Jepun: Hasrat Jun Hao benam Kodai Naraoka di laman sendiri tertangguh

Zaki Zainal
Ogos 22, 2024 14:45 MYT
Setelah cemerlang di pusingan pertama pada Rabu menewaskan wakil dari Jepun Takuma Obayashi secara straight set 21-15,21-17, Leong Jun Hao kembali ke gelanggang badminton di Yokohama Kanagawa untuk saingan pusingan kedua sebentar tadi.
Jun Hao bersaing dengan pemain ranking kelapan dunia Kodai Naraoka yang juga berasal dari Jepun dan tampak positif pada awal permainan apabila terikat 12-12 pada satu ketika, namun jiwa melawan Jun Hao kekal terserlah apabila berjaya pamer kelebihan tersendiri untuk ambil set ini dengan keputusan 23-21.
Kodai yang hadir sebagai wakil tuan rumah tidak mengalah dalam set kedua apabila berjaya ikat langkah wakil negara sehinggakan tidak berdaya bangkit untuk akur serahkan set ini dengan keputusan 10-20.
Di set ketiga, Jun Hao berjaya mendahului perlawanan 11-9 pada awalnya namun Kodai kembali bangkit samakan kedudukan dan mendahului perlawanan 13-11.
Ada sedikit kecederaan yang dialami oleh wakil negara namun dan tanggungjawab yang digalas untuk negara perlu diteruskan Jun Hao bangkit samakan kedudukan 13-13.
Walaupun berjaya ikat kedudukan, situasi kecederaan yang dialami oleh Jun Hao terus menghantui dirinya sekaligus ganggu fokus dan gagal layak ke suku akhir dengan kemenangan memihak wakil tuan rumah 21-15 dalam tempoh 1 jam 25 minit.
#badminton #Leong Jun Hao #Terbuka Jepun
;