Terbuka Jepun: Dua gandingan beregu campuran negara kandas di suku akhir
Najmi Iman
Ogos 23, 2024 14:42 MYT
Ogos 23, 2024 14:42 MYT
Gandingan beregu campuran negara yang sedang meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terpaksa melupakan hajat untuk meneruskan rentak kemaraan susulan tewas kepada pilihan kedua kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dalam Terbuka Jepun, sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Arena Yokohama itu menyaksikan pasangan Olimpian negara itu kandas di suku akhir apabila wakil dari China itu menoktahkan kemenangan straight set 16-21, 18-21.
RESULTS: #JapanOpen2024 QF#HKG?? Tang Chun Man-Tse Ying Suet(6) def. #MAS?? Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 18-21 25-23 21-9 ? @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/4r9ypooRRT
— BAM (@BA_Malaysia) August 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, hampir melakukan kebangkitan namun, lawannya, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, mendominasi aksi ketiga dalam pertempuran rubber set untuk menghantar cabaran Malaysia keluar ketika permainan itu berkesudahan selama 1j 8m.
RESULTS: #JapanOpen2024 QF#CHN?? Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin(2) def. #MAS?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei(7) 21-16 21-18 ? @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/LrxnqLSldI
— BAM (@BA_Malaysia) August 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.