BADMINTON

Terbuka Jepun: Dua beregu lelaki negara tempa nasib berbeza

Stadium Astro
Muzaffar Musa
22/08/2024
01:23 MYT
Sponsor Banner
Terbuka Jepun: Dua beregu lelaki negara tempa nasib berbeza
Dua beregu lelaki negara menempa nasib berbeza dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Kanagawa sebentar tadi.
Beregu pilihan kelapan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan aksi bertenaga untuk ke suku akhir dengan menundukkan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, 21-14, 24-22 dalam masa 47 minit.
Mereka seterusnya akan bertemu lawan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, bagi perebutan tempat ke separuh akhir.
Dalam pada itu, cabaran beregu meningkat naik negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, tamat dalam pusingan kedua selepas tewas kepada Fajar-Muhammad Rian.
Gandingan negara itu, bagaimanapun, memberikan tentangan sengit sebelum tewas 21-16, 8-21, 15-21 selepas bertarung selama 49 minit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video