Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Ong Yew Sin-Teo Ee Yi bermandi peluh lepasi peringkat awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ong-yew-sin-teo-ee-yi.jpg
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengatasi ranjau pusingan pertama Terbuka Indonesia selepas perlu bermandi keringat sebelum menewaskan gandingan India, M.R Arjun-Dhruv Kapila, Istora Senayan, sebentar tadi. 

Selepas persembahan hambar set pertama yang membawa kepada kekalahan 12-21, Yew Sin-Ee Yi seakan-akan mengamuk dalam set berikutnya dan enggan membazir mata untuk menguasai permainan 21-6.

Dalam set ketiga barulah permainan menjadi lebih menarik dengan kedua-dua beregu lelaki itu saling bertukar mata sebelum akhirnya wakil profesional Malaysia tersebut memastikan rekod pertemuan terus memihak mereka dengan kemenangan keempat menerusi keputusan 22-20, tepat satu jam pertarungan.


 

Advertisement

Must Watch Video