Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Tang Jie-Ee Wei berhempas-pulas lepasi ranjau pasangan India

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terpaksa berhempas pulas untuk melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Berdepan lawan bukan pilihan dari India, Dhruv Japila-Tanisha Crasto, segalanya bermula baik buat pasangan negara itu untuk mudah memenangi set pertama 21-11.

Bagaimanapun, pada ketika lawan mengubah corak lebih agresif dalam set kedua, deretan kesilapan dilakukan Tang Jie dan Ee Wei memaksa mereka beraksi dalam set penentuan gara-gara kekalahan 16-21.

Mujur gandingan pilihan kedua kejohanan berkenaan segera menemui rentak sebenar mereka menuju ke pertengahan set penentuan itu untuk mencatatkan kemenangan 21-14 selepas secara keseluruhan bertarung selama 58 minit.
 

Advertisement

Must Watch Video