Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Soon Huat-Shevon pamer penguasaan singkir pasangan tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh-soon-huat-shevon-lai.jpg
Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai , mempamerkan penguasaan penuh ketika menyingkirkan pasangan tuan rumah, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah, untuk ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan ketiga, gandingan suami isteri itu mempamerkan kawalan gelanggang terbaik mereka untuk mencatatkan kemenangan 21-12 dalam set pertama.

Rentak sama dikekalkan mereka dalam mengekang kebangkitan lawan pada pertengahan set kedua sebelum mencatatkan kemenangan 21-17 selepas secara keseluruhan bertarung selama 33 minit.

Menanti mereka bagi penentuan ke separuh akhir esok ialah beregu pilihan keenam dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

 

Advertisement

Must Watch Video