Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Shi Yu Qi sekat laluan Ng Tze Yong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong.jpg
Perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong, gagal meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya selepas tewas kepada pemain China, Shi Yu Qi dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia, sebentar tadi. 

Dalam pertarungan tiga set yang berlanjutan selama 60 minit itu, Tze Yong tunduk 7-21, 21-17 dan 21-13.

Dia gagal menemui rentak dalam set awal apabila ketinggalan 4-12 dan berlanjutan 5-18 sebelum tumpas.  

Walaupun tampil lebih baik dalam set kedua apabila mendahului perlawanan dari mata pertama, namun kelebihan 16-10 gagal dipertahankan apabila Shu Qi menyamakan 17-17.

 

Begitupun,pemain berusia 23 tahun itu berjaya mengunci kedudukan pencabar dari China tersebut sebelum mengutip empat mata akhir berturut-turut untuk kemenangan 21-17.

Momentum tidak menentu dalam set terakhir menyaksikannya ketinggalan 0-6 sebelum dia mengutip mata pertama.

Tetapi sekadar melengahkan kemenangan lawan apabila ketinggalan 6-18.

Tze Yong cuba mencipta kebangkitan dengan mengutip enam mata berturut-turut untuk mengejar kedudukan 12-18 tetapi Shu Qi memastikan kemenangan 21-13.
 

Advertisement

Must Watch Video