Peminat badminton Indonesia terpaksa akur sekali lagi tiada sebarang wakil mereka dapat menggenggam gelaran di laman sendiri apabila taruhan tunggal dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Reza Pahlevi Isfahani, kecundang di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Berdepan pilihan kelima dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Sung Jae, gandingan tuan rumah itu tewas 21-18, 19-21, 12-21 dalam masa sejam dan tiga minit
Sebagai rekod, ia merupakan kali kedua Indonesia gagal menggenggam sebarang gelaran di gelanggang sendiri selepas penganjuran Kejohanan Masters Indonesia di venue sama pada Januari lalu turut berkesudahan serupa.
Kontroversi timbul semalam apabila beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, di'boo' penyokong Indonesia sepanjang aksi separuh akhir menentang Gutama-Isfahani, terutama sewaktu memegang servis.