Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah bangkit penuh gemilang ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke final Kejohanan Badmointon Terbuka Indonesia apabila menewaskan gandingan pilihan kelima dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan keempat, Pearly dan Thinaah ketinggalan sejak awal set pertama sebelum tewas mudah 12-21.

Bagaimanapun, mereka mula mempamerkan aksi lebih kemas dalam set kedua untuk mengejar kedudukan di pertengahan aksi sebelum mencatatkan kemenangan 21-17.

Pearly dan Thinaah kemudian mempamerkan penguasaan hampir sempurna untuk jauh mendahului 8-0 dan 13-2 dalam set penentuan sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan 21-11 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan tiga minit.

Menanti mereka dalam penentuan gelaran esok ialah pemenang di antara pilihan utama dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dan beregu pilihan ketiga dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.
 

Advertisement

Must Watch Video