Perjalanan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, tamat di peringkat separuh akhir apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama, Mohammad Reza Pahlevi Isfahani, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Aksi dalam set pertama menyaksikan Wei Chong dan Kai Wun lebih banyak menguasai permainan tetapi menuju ke penghujung, mereka membenarkan lawan untuk memintas sebelum akur dengan kekalahan 18-21.
Bagaimanapun, mereka tidak mengulangi kesilapan itu untuk sentiasa berada di depan sebelum memenangi set kedua 21-12.
Beberapa siri kesilapan dalam set ketiga menyaksikan Wei Chong dan Kai Wun ketinggalan 1-8 dan meskipun tidak pernah lelah mengejar mata, gandingan negara itu terpaksa akur dengan kekalahan 18-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama hampir sejam.