Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila mudah menewaskan wakil tuan rumah, Chico Aura Dwi Wardoyo, di Istora Senayan, Jakarta malam tadi.
Meskipun bermula perlahan, Jun Hao tidak lagi menoleh ke belakang selepas menyamakan kedudukan 9-9, di mana dia kemudian mengungguli set pertama 21-13.
Penguasaan permainan lebih baik dipamerkan wakil negara itu dalam set berikutnya untuk mencatatkan kemenangan 21-12 selepas secara keseluruhan bertarung selama 40 minit.
Cabaran lebih berat menanti Jun Hao hari ini apabila dijadualkan untuk bertemu pilihan keempat dari China, Li Shi Feng, bagi penentuan ke suku akhir.