Hasrat beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk menamatkan penantian gelaran Jelajah Dunia BWF pertama tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan India dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta sebentar tadi.
Berdepan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, gandingan negara itu mengungguli rekod pertemuan 8-0 sejak 2017 tetapi kali ini, wakil india berkenaan jelas lebih unggul.
Aaron dan Wooi Yik pada awalnya mendahului 7-3 sebelum membenarkan lawan memperoleh enam mata berturut-turut untuk keinggalan 7-9 dan keadaan itu jelas menggangu rentak mereka sehingga tewas 17-21 dalam set pertama.
Aksi dalam set kedua juga jelas tidak memihak beregu juara dunia itu, di mana selepas terikat 6-6, mereka tidak pernah mendahului untuk merelakan kemenangan 21-18 buat lawan selepas bertarung selama 43 minit.