Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: DinFei 'mandi peluh' sebelum sambar slot suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

din.jpg
Beregu lelaki professional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menewaskan rakan senegara, Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, menerusi aksi rubber set 21-14, 16-21, 21-14, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, di Istora Senayan, Jakarta.

Sze Fei-Nur Izzuddin tidak berdepan masalah untuk mendominasi set pertama dengan menewaskan lawan yang bergelut dengan kerap kesilapan mudah untuk menang 21-14.

Begitupun, Azriyn-Wee Kiong, mempersembahkan corak permainan yang lebih tenang untuk mendahului 11-7, sekali gus menang 21-16 untuk mengheret beregu nombor satu dunia itu ke set penentuan. 

Set penentuan menyaksikan DinFei memperkemaskan kembali permainan mereka, malah momentum itu diteruskan untuk memastikan slot suku akhir menjadi milik mereka selepas menang 21-14 dalam tempoh 54 minit. 

Mereka akan berdepan wakil tuan rumah iaitu Reza Pahlevi Isfahani-Keryaman Gutama dalam pentas suku akhir esok.
 

Advertisement

Must Watch Video