Terbuka Indonesia BWF: Wei Keng-Wang Chan nafi kebangkitan Nur Izzuddin-Sze Fei

Saufi Tahir
Jun 7, 2024 21:42 MYT
Perjalanan beregu negara, Nur Izzudin dan Goh Sze Fei, tersangkut dalam peringkat separuh akhir selepas disingkirkan beregu dari China 21-18,18-21,21-19 dalam saingan Terbuka Indonesia BWF di Istora Senayan, sebentar tadi.
Beregu dari China mendominasi aksi set pertama dengan baik sebelum Nur Izzuddin-Sze Fei mengikat kedudukan 14-14, sekali gus membuka ruang untuk beregu negara melakar kemenangan 21-18 dalam tempoh 17 minit.
Perlawanan sengit berlangsung dalam set kedua dengan masing-masing tidak mahu ketinggalan jauh, tetapi Liang Wei Keng-Wang Chan yang merupakan pilihan kedua kejohanan lebih berdisiplin dari aspek serangan untuk menang 21-18 dan membawa ke perlawanan ke set penentuan.
Liang Wei Keng-Wang Chan bermula dengan garang dalam aksi set penentuan dengan meninggalkan pasangan negara dengan jurang empat mata untuk mendahului 5-1.
Begitupun, pasangan negara cuba mengejar untuk merapatkan jurang mata untuk merebut dua mata akhir apabila terikat 19-19, tetapi pasangan China yang merupakan pilihan kedua kejohanan itu berjaya meneruskan corak permainan dengan lebih kemas untuk menang 21-19.
Cabaran Malaysia di peringkat separuh akhir diteruskan oleh pasangan beregu profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, esok.
#badminton #Terbuka Indonesia BWF #Nur Izzuddin-Sze Fei