Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia BWF: Perjalanan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terhenti di separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kian.jpg
Perjalanan wakil tunggal beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terhenti dalam perlawanan separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia BWF di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Mereka membuka kempen perlawanan tersebut dengan persembahan bertenaga namun, gandingan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, mengungguli set pertama dengan kemenangan 21-16. 

Walaupun berdepan tentangan lebih sengit dalam set kedua sebelum  mendahului 11-9, pilihan kelima kejohanan itu kembali mendominasi permainan selepas untuk meneruskan momentum kecemerlangan. 

Pasangan yang menduduki ranking ke-21 dunia itu perlu menerima hakikat bahawa gaya permainan yang dipamerkan oleh seteru dari China menutupi segala ruang sekali gus menafikan kebangkitan pasangan negara.

Advertisement

Must Watch Video