Perjalanan wakil tunggal beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terhenti dalam perlawanan separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia BWF di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Mereka membuka kempen perlawanan tersebut dengan persembahan bertenaga namun, gandingan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, mengungguli set pertama dengan kemenangan 21-16.

Walaupun berdepan tentangan lebih sengit dalam set kedua sebelum mendahului 11-9, pilihan kelima kejohanan itu kembali mendominasi permainan selepas untuk meneruskan momentum kecemerlangan.

Pasangan yang menduduki ranking ke-21 dunia itu perlu menerima hakikat bahawa gaya permainan yang dipamerkan oleh seteru dari China menutupi segala ruang sekali gus menafikan kebangkitan pasangan negara.