Terbuka Indonesia BWF: Pearly Tan-M. Thinaah terkandas di suku akhir

Saufi Tahir
Jun 7, 2024 18:21 MYT
Beregu wanita yang merupakan pilihan pertama kejohanan dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, menyekat kemaraan wakil beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia BWF, sebentar tadi.
Pearly-Thinaah terpaksa berhempas pulas apabila ketinggalan dengan jurang empat mata dalam perlawanan set pertama untuk mengejar match point pasangan China 20-20, sebelum terpaksa akur tewas kepada gandingan juara Terbuka Singapura itu, 22-20.
Set kedua pula menyaksikan wakil negara cuba bangkit dengan corak perlawanan lebih berdisiplin tetapi selepas terikat 18-18, terus menjadi pencetus buat wakil dari China yang berada di kedudukan nombor satu dunia untuk bangkit dengan kemenangan 21-18 di Istona Senayan dalam tempoh 51 minit.
Sebelum ini, pasangan negara itu juga tewas dalam pusingan 32 di Kejohanan Terbuka Singapura minggu lalu.
#badminton #Terbuka Indonesia BWF