Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia BWF: Nur Izzuddin-Sze Fei cemerlang mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sze-fei.jpg
Beregu negara, Nur Izzudin dan Goh Sze Fei, cemerlang menundukkan beregu tuan rumah 2-0 dengan dalam saingan Terbuka Idonesia BWF di Istora Senayan, sebentar tadi. 

Dalam set pertama, beregu negara yang berada di kedudukan ke-14 dunia kelihatan kehilangan rentak apabila ketinggalan 5 mata di belakang tuan rumah untuk tewas dengan keputusan 16-21.


 


Berbekalkan semangat tidak mahu menyerah menyerah, Nur Izzudin dan Sze Fei bangkit melawan pada set kedua kemudia berjaya menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-16 sekali gus memaksa perlawanan ke set ketiga.

Dengan tekad yang tinggi untuk menundukkan gandingan Indonesia, beregu negara itu mempamerkan aksi cemerlang dalam set penentuan. Carnando-Marthin gagal mengekalkan konsistensi, dan set berakhir dengan kemenangan 21-12 untuk Izzudin dan Sze Fei.

Kemenangan ini membawa Izzudin dan Sze Fei ke peringkat suku akhir, di mana mereka bakal bertemu wakil tuan rumah ataupun beregu China di pusingan suku akhir nanti.

Advertisement

Must Watch Video