Selepas terkandas pusingan ke-16 Terbuka Singapura BWF minggu lepas, gandingan muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila melayakkan diri buat kali pertama ke pentas akhir Terbuka Indonesia BWF Super 1000, hari ini.

Juara Terbuka Taiwan BWF 2023 itu menewaskan wakil tuan rumah, Sabar K. Gutama-Moh Reza Isfahani, dalam straight set meskipun mengambil masa yang lama sebelum menoktahkan kemenangan 29-27 dalam set pertama.

Mereka akan berdepan cabaran daripada gandingan ranking kedua dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang, untuk memecah kebuntuan selepas kalah dalam tiga pertemuan terakhir sebelum ini.

Selamat maju jaya Man Wei Chong-Tee Kai Wun!