Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mara ke suku akhir selepas bangkit membenam pemain dari Taiwan, Chou Tien Chen dengan perlawanan rubber set 21-18, 13-21 dan 21-17 untuk Kejohanan Terbuka Indonesia.

Jun Hao menunjukkan aksi meyakinkan selepas mendahului lima mata di hadapan sebelum berjaya dikejar Tien Chien lima mata berturut-turut menjadikan kedudukan ketika itu, 16-18.

Namun dengan semangat yang dipamerkan oleh perseorangan ranking ke-32 dunia itu, kemaraan Tien Chien dapat dihentikan sehingga ke mata penamat untuk set pertama dengan keputusan 21-18.

Kebangkitan itu ternyata tidak mampu membekal usaha konsisten Jun Hao untuk benam perseorangan dari Taiwan apabila tewas 13-21 sekali gus permainan terpaksa dibawa ke set ketiga.

Ternyata usaha bangkit daripada kekalahan membuahkan hasil buat Jun Hao apabila mendominasi permaianan set ketiga dengan keputusan 21-17 cukup untuk menghantar pulang perseorangan ranking ke-11 itu.

Jun Hao mara ke suku akhir bertemu perseorangan China, Li Shi Feng yang juga naib juara Terbuka Singapura yang lalu pada esok.