Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia BWF: Kian Meng-Pei Jing ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kian-meng.jpg
Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tidak berdepan masalah untuk melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia BWF di Istora Senayan, Jakarta.

Pei Jing, yang sebelum ini mendedahkan menjadi mangsa sindiket penipuan sehingga kehilangan hampir keseluruhan tabungannya, kelihatan tidak terjejas berdepan wakil Algeria, Koceila Mammeri-Tanina Violette Mammeri.

Pasangan negara itu mencatatkan kemenangan mudah 21-9, 21-15 selepas bertarung selama 24 minit.
 
Mereka seterusnya akan bertemu pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, bagi penentuan ke suku akhir esok.

 

Advertisement

Must Watch Video