BADMINTON
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik kandas dalam separuh akhir
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik, gagal ke final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas tewas kepada lawan bukan pilihan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, dalam aksi separuh akhir di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima, gandingan negara itu sepatutnya tidak berdepan masalah untuk menumbangkan lawan di ranking ke-75 dunia berkenaan tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila Yu Chen dan Xuan Yi mempamerkan aksi lebih tekal untuk memenangi set pertama 18-21.
Meneruskan momentum selepas menyingkirkan beregu tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dalam suku akhir selamam, gandingan China itu mempamerkan rentak terbaik mereka untuk mudah menamatkan pertarungan selama 38 minit itu dengan kemenangan 21-13 dalam set kedua.
Iklan
Kekalahan itu juga menyaksikan tiada wakil negara akan bersaing dalam aksi final esok apabila perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia, turut terkandas dalam separuh akhir selepas tewas 21-19, 11-21, 21-23 kepada pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.
RESULTS: #IndonesiaOpen2022SF#CHN?? Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi def. #MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) 21-18 21-13? @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/E1sBRzhOJR— BAM (@BA_Malaysia) June 18, 2022
Must-Watch Video