Haluan trafik sehala memihak gandingan negara sejak dari awal set pertama, di mana mereka mendahului 7-1 pada awal permainan sebelum meraih kemenangan mudah 21-13.
Kejayaan itu jelas meningkatkan semangat mereka untuk mencatatkan kemenangan, juga dengan keputusan 21-13 dalam set kedua, selepas bertarung selama 44 minit.
Pearly dan Thinaah seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu pilihan kedua dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, dan wakil Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, bagi penentuan ke final esok.
RESULTS: #IndiaOpen2023
— BAM (@BA_Malaysia) January 20, 2023
QF#MAS?? Pearly Tan-Thinaah M(8) def. #JPN?? Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-13 21-13#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/0RgxZ1MWfm