Terbuka India: Leong Jun Hao tumbang kepada wakil China

Shaiful Shamsudin
Januari 16, 2025 18:01 MYT
Weng Hongyang kembali menghantui Leong Jun Hao buat kali kedua apabila menafikan hasrat pemain perseorangan kebangsaan itu untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India, sebentar tadi.
Pemain China itu memulakan kemenangan dua set berkenaan dengan keputusan 21-18 selepas mengutip lima mata berturut-turut ketika ketinggalan 11-12.
Jun Hao bagaikan tidak menemui jawapan untuk membalas pukulan lawan sebayanya tersebut di Kompleks Sukan Indira Gandhi itu untuk akur 12-21.
Mereka akan kembali membuat perhitungan menerusi pusingan pertama Masters Indonesia yang bermula minggu depan.
;