Skip to main content

Badminton

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir selepas atasi rakan senegara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik-badminton-malaysia.jpg
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, di New Delhi sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga, Aaron dan Wooi Yik, yang terkandas dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia minggu lalu, memanfaatkan sepenuhnya kejohanan kali ini untuk dijadikan platform kebangkitan terbaik buat mereka.

Selaras dengan itu, beregu juara dunia berkenaan mempamerkan aksi terbaik untuk memperoleh kemenangan 21-17 dalam set pertama.

Momentum itu diteruskan dalam set berikutnya, di mana mereka tidak menunggu lama untuk mendahului 19-10 sebelum mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 21-11 selepas bertarung selama 31 minit.

Aaron dan Wooi Yik seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu pilihan kedua dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dan gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel, bagi penentuan ke final esok.


 

Advertisement

Must Watch Video