Skip to main content

Badminton

Terbuka Hylo: Subramanian tumbangkan Leong Jun Hao

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jun.jpg
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur ditunjukkan jalan keluar lebih awal selepas tewas kepada wakil dari India, Muthusamy Subramanian, dalam kempen Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2025 sebentar tadi.

Tempoh 1 jam 12 minit diperlukan wakil dari India yang berada di ranking ke-65 dunia itu untuk menang menerusi aksi rubber set 14-21,21-18,16-21, di Saarlandhalle, Jerman.

 



Wakil negara di ranking ke-22 dunia itu memberikan saingat sengit dalam aksi itu, meskipun tewas dalam set pertama namun Jun Hao bangkit dalam set kedua sebelum terpaksa akur tewas dalam pusingan pertama.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kali kedua Jun Hao kepada Subramanian daripada dua pertemuan sebelum ini.
Motogp

Arai Helmet 100% Original

Arai VZ-Ram RSW Trico menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video