Pemain badminton negara, Ng Tze Yong, menggesa penyokong supaya berhenti memberi ugutan bunuh kepada seorang peminat Malaysia yang difahamkan telah mengganggu tumpuannya dalam separuh akhir Terbuka Perancis menentang Li Shi Feng, minggu lalu.
Peminat berkenaan, Darence Chan, telah meminta maaf kepada Tze Yong dalam satu pautan di Instagram selepas mengganggu pemain itu dengan komen "are you sleeping" ketika menghadapi wakil China tersebut minggu lalu.
Bagaimanapun, niat peminat itu tidak diterima dengan baik oleh peminat-peminat yang lain apabila ada antaranya mengambil langkah terlalu jauh.
"Saya harap kedua-dua belah pihak boleh berdamai kerana ramai peminat memfitnah dan menghantar ugutan bunuh kepada saya," kata Darence kepada pemain itu.
Tze Yong menjawab: "Saya menerima permohonan maaf anda tetapi jangan lakukannya lagi. Tolong kepada semua peminat, berhenti menghantar ugutan bunuh kepadanya.”
Pemain nombor 15 dunia itu sedang mengharungi jadual padat di Eropah yang menyaksikan dia akan turun dalam kejohanan keempatnya menerusi Terbuka Hylo BWF di Jerman yang sedang berlangsung.
Dia menumbangkan pemain tuan rumah, Max Weisskirchen, dalam pusingan pertama awal pagi tadi dengan keputusan straight set 21-8, 21-13.
Pemain daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pasti menyasarkan untuk pergi jauh dalam acara Super 300 ini.
Pilihan keempat kelahiran Johor itu diramalkan akan ke separuh akhir untuk mengadakan pertemuan dengan pencabar dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, sementara pilihan utama merupakan Chou Tien-chen dari Taiwan.