Skip to main content

Badminton

Terbuka Hong Kong: Sze Fei-Nur Izzuddin juga tersingkir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hk.jpg
Juara Terbuka India 2025, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terpaksa akur dengan kebangkitan pasangan kembar dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan kedua, gandingan ranking kedua dunia itu dikejutkan dengan persembahan hebat pihak lawan yang menguasai keseluruhan set kedua dan ketiga. 

Dengan tempoh 46 minit, wakil negara itu harus mengucapkan selamat tinggal selepas tewas dalam aksi rubber set 21-14, 16-21, 21-13.

 

Terdahulu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga tersingkir di tangan gandingan bukan pilihan dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Kini, tinggal beregu meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, bagi meneruskan cabaran Malaysia dalam kategori itu.
 

Advertisement

Must Watch Video