Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong apabila menumbangkan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trian Puspitasari, di Hong Kong Coliseum sebentar tadi
Turun selaku pilihan kedua, gandingan negara itu mencetuskan cemas apabila jauh ketinggalan 10-16 tetapi mereka kemudian tenang menyamakan kedudukan 16-16 sebelum menang 21-18.
Aksi dalam set kedua juga menyaksikan Pearly dan Thinaah kurang menguasai awal permainan tetapi sebaik menyamakan kedudukan 13-13, mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk mencatatkan kemenangan 21-17 selepas secara keseluruhan bertarung selama 37 minit.
Menanti mereka dalam penentuan ke separuh akhir esok ialah pemenang di antara satu lagi beregu negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, dan gandingan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan.
Pilih Raket Anda

Badminton Untuk Semua Generasi
Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.
Pilih Raket Anda