Skip to main content

Badminton

Terbuka Hong Kong: Man-Tee tersingkir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-tee.jpg
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, tersingkir di tangan gandingan bukan pilihan dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan kelima, wakil negara itu, bagaimanapun, dikejutkan dengan kekalahan 17-21 dalam set pembukaan.

Mereka kemudian menguasai penuh permainan dalam set kedua untuk mengheret aksi ke set penentuan dengan kemenangan 21-11.

Namun, ketika berhasil merapatkan kedudukan 15-17 dalam set ketiga, Man-Tee membenarkan lawan memperoleh empat mata berturut-turut untuk akur tersingkir selepas secara keseluruhan bertarung selama 45 minit.

 
Badminton

Badminton Untuk Semua Generasi

Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.


Pilih Raket Anda

Advertisement

Must Watch Video