Hasrat untuk menyaksikan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas wakil negara itu tewas dalam aksi suku akhir di Kowloon sebentar tadi.
Berdepan pemenang pingat emas Sukan Olimpik dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin, beregu di ranking ke-28 dunia itu mempamerkan aksi melawan untuk bangkit mengikat mata di kedudukan 16-16 dan 18-18 tetapi akur dengan kehebatan lawan untuk menelan kekalahan 19-21 dalam set pertama.
Sze Fei dan Nur Izzuddin terus memberikan tentangan sengit dalam set kedua tetapi sebaik merapatkan kedudukan 18-19, mereka membenarkan lawan memperoleh dua mata terakhir untuk perjalanan mereka terhenti selepas bertarung selama 45 minit.
Muzaffar Musa
Fri Sep 15 2023