Beregu meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, menewaskan rakan senegara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, untuk ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum sebentar tadi.
Berdasarkan ranking semasa, Arif dan Roy King berada di tangga ke-20 dunia manakala Hon Jian dan Haikal pula di tangga ke-46.
Aksi di atas gelanggang pada awalnya menyaksikan tiada jurang ketara di antara dua beregu itu, bahkan Hon Jian dan Haikal lebih menguasai fasa awal set pertama.
Bagaimanapun, selepas kedudukan terikat 8-8, angin perlawanan itu berubah drastik untuk Arif dan Roy King mudah mencatatkan kemenangan 21-13.
Aksi pada awal set kedua juga menyaksikan kedua-dua beregu saling berkejaran mata tetapi sekali lagi, sebaik Arif dan Roy King menukar gear lebih tinggi, mereka mudah mencatatkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 34 minit.
Arif dan Roy King seterusnya akan menantikan pemenang di antara pilihan kelapan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dan beregu Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, bagi penentuan ke separuh akhir esok.
Pilih Raket Anda

Badminton Untuk Semua Generasi
Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.
Pilih Raket Anda