Skip to main content

Badminton

Terbuka Hong Kong: Arif-Roy King tumbangkan pilihan ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-arif-wan-junaidi-yap-roy-king.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong apabila menumbangkan gandingan pilihan ketiga dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, di Hong Kong Coliseum malam tadi.

Wakil negara itu memberikan tentangan hebat sejak dari awal permainan dan menuju ke pertengahan set pertama, mereka jauh mendahului 14-9 sebelum menyekat kebangkitan lawan untuk mencatatkan kemenangan 21-19.

Aksi kian sengit dalam set kedua dengan kedua-dua gandingan saling berkejaran mata tetapi ketika ketinggalan 20-21, Arif dan Roy King berhasil meraih tiga mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 23-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit.

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara satu lagi beregu negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, dan gandingan veteran Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, bagi penentuan ke suku akhir esok.

 
Badminton

Dominasi Gelanggang

Dari servis hingga smash, nikmati prestasi raket yang mantap setiap perlawanan.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video