Perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, memberikan tentangan hebat sebelum tersingkir di tangan pilihan keenam dari Perancis, Christo Popov, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum sebentar tadi.
Berdasarkan ranking semasa, Popov berada di tangga ke-10 dunia manakala Aidil Sholeh pula jauh di tangga ke-43.
Biarpun berada di belakang sejak awal set pertama, pemain negara itu mengejar kedudukan sebanyak dua kali di kedudukan 16-16 dan 17-17 sebelum akur dengan kekalahan 17-21.
Aksi dalam set kedua juga menyaksikan Aidil Sholeh mengejar dari belakang dan hampir melakukan kejutan tetapi terpaksa akur tersingkir dengan kekalahan tipis 19-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 41 minit.
Pilih Raket Anda

Badminton Untuk Semua Generasi
Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.
Pilih Raket Anda