“Senang dapat mata, senang hilang mata.”
Demikian ulasan bekas perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng, yang menggesa beregu lelaki pilihan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, agar tampil lebih konsisten selepas muncul naib juara Terbuka Finland, malam tadi.
Pemenang emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu menekankan Aaron perlu mengurangkan kesilapan pukulan di hadapan jaring yang sering dimanfaatkan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy, menerusi terkaman keras.
"Konsistensi paling penting. Berdasarkan perlawanan malam tadi, mereka cepat dapat mata dan buang mata pun cepat juga," katanya.
Dalam masa sama, Wei Feng memuji corak permainan yang luar biasa yang ditunjukkan beregu wanita negara, Pearly Tan- M. Thinaah, yang beraksi di tahap tahap terbaik ketika menewaskan gandingan Jepun dalam final tersebut.
Baginya, Pearly- Thinaah perlu fokus kepada taktikal untuk merobohkan Tembok Besar, China kerana hanya itu yang menjadi halangan gandingan tersebut pada ketika ini.
"Mereka memerlukan kemenangan terutama ketika wakil China yang merupakan tembok paling besar," tambahnya.
Cuba Raket Ini

Racket Power
Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.
Cuba Raket Ini