Terbuka Finland: Zii Jia lepasi halangan ke pusingan kedua

King Hisyam
Oktober 9, 2024 14:53 MYT
Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia tidak berdepan dengan banyak masalah untuk menempah slot ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Perancis Christo Popov Di Terbuka Finland.
Pemain yang kini menduduki ranking keempat dunia itu menewaskan Popov dengan aksi penguasaan permainan yang baik dengan menang 21-15 di set pertama.
Zii Jia kemudianya sekali lagi mudah menjinakkan Popov di set kedua yang menyaksikan dia menang 21-11.
Kemaraan Zii Jia dilihat langkah yang positif untuk menyelesaikan misinya untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi yang lalu.
Bagaimanapun nasib berbeza pula terpaksa dilalui seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang terkandas di pusingan pertama selepas ditewaskan oleh pemain dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.
Cheuk Yiu menang dengan straight set 21-19 dan 21-9.
#Lee Zii Jia #Terbuka Finland #Jun Hao
;