Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melangkah gagah ke final Kejohanan Badminton Terbuka Finland apabila mengejutkan gandingan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, di Vantaa sebentar tadi.

Set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua beregu saling bekejaran mata dan biarpun cuba menghambat lawan, Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa akur tewas 19-21.

Suhu permainan kian hangat dalam set kedua dan selepas mengahului 18-17, beregu negara itu memperoleh tiga mata berturut-turut untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Sze Fei dan Nur Izzuddin mengawal pemainan dalam set penentuan untuk mengekang lawan daripada memintas tetapi menuju ke penghujung saingan, mereka ketinggalan 16-18, namun bangkit meraih lima mata berturut-turut untuk menang 21-18, sekjali gus mengesahkan tiket ke final selepas bertarung selama 62 minit.

Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Thailand, Kittinipong Kedren-Dechapol Puavaranukroh, dan pilihan kedua dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmusen, bagi perebutan gelaran esok.