BADMINTON

Terbuka Finland: Siaran Langsung & Live Streaming Goh Sze Fei-Izzuddin vs Fajar Alfian-M. Rian Ardianto

Stadium Astro
Afiq Azfar
11/10/2024
04:30 MYT
Sponsor Banner
Terbuka Finland: Siaran Langsung & Live Streaming Goh Sze Fei-Izzuddin vs Fajar Alfian-M. Rian Ardianto
Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akan turun beraksi di saingan suku akhir Terbuka Finland menentang beregu Indonesia, Fajar Alfian-M. Rian Ardianto.
Sze Fei-Izzuddin mara setelah mudah membenam cabaran beregu dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-16-21-16 dalam masa 41 minit.
Manakala bagi Fajar-Ardianto, mereka tidak mempunyai masalah untuk mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan beregu Denmark, Rasmus Espersen-Christian Faust Kjaer 21-13,21-8.
Sze Fei-Izzuddin merupakan pilihan ke-5 manakala Fajar-Ardianto tampil selaku pilihan ke-4 kejohanan kali ini.

Terbuka Finland: Siaran Langsung & Live Streaming Goh Sze Fei-Izzuddin vs Fajar Alfian-M. Rian Ardianto

Tarikh: Jumaat, 11 Oktober 2024 Masa: Bermula 7 petang Saluran: Astro Supersport 4 CH814, Astro GO & sooka Venue: Vantaan Energia Areena, Court 1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video